Assalamualaikum...
semalam blog buat hal,nak login tak boleh,tak pasti samaada aku salah password atau apa..
tapi alhamdulillah harini dah ok..
rasanya sesuai nak share pasal nak membina motivasi diri..sesuai dengan keadaan aku sekarang..
tapi tip2 ni bukanlah keluar dari otakku sendiri..tapi dari buku MOTIVASI MINDA MEMBINA JATI DIRI CEMERLANG hasil penulisan dari DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ...
orang yang memang terkenal dengan motivasinya..
jadi rasanya tak salah nak copy kat sini..nak tunggu ayat motivasi dari otak sendiri..rasanya takkan kemana la...allah...
10 cara membina motivasi diri...
tiba2 anda berasa tidak bermaya sekali,hidup terasa tiada erti.nyata anda telah kehilanagn motivasi diri.apa yang harus anda lakukan?
sebelum mengambil sebarang langkah,duduk sejenak,tarik nafas panjang,dan lepaskan sekali gus,kemudian pejam mata dan beri salam kepada diri sendiri dan berkata"hai,engkau bukan dijadikan untuk berkeluh kesah"kemudian bangkit dan cuba lakukan perkara2 berikut.
1)PERBAIKI EMEJ ANDA.
Cuba lakukan sidikit perubahan.jikalau sebelum ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok,cuba kali ini menukar selalu dan pelbagaikan warna.
kalau selama ini jarang mengenakan tali leher,kenakan tali leher,tukar gaya menyikat rambut dan sangkutkan pen mahal dan berjenama dipoket.ubah gaya jalan anda,sesuai dengan attire baru yang anda kenakan.
jika nada wanita,tukar emej kusam kepada kemas,elegen dan aktif.perkemaskan juga wajah anda dengan solekan ringan.kenakan warna2 ceria pada tubuh anda,pada baju dan tudung.hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri.
janagn terlalu pendiam tetapi jangan terlalu pula bising.bersikap sederhana dan ringan mulut jika orang meminta pendapat dan diam bila orang bercakap hal2 sensitif seperti politik dan lain2.
2)LAKUKAN SENAMAN RINGAN.
tubuh yang lemah lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan sedikit gerakan tubuh.tidak perlu melakukan senam2 berat kerana itu boleh menyebabkan tubuh badan anda letih.keletihan boleh menyebabkan anda kembali tidak bermaya.mengikut kajian,bukan semua orang sesuai untuk melakukan senaman berat.sesetengah orang atas sebab2 kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan tidak bersenam dengan berat.
senaman juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yanng berhalangan.bermain computer game mungkin salah satu caranya tapi untuk lebih santai senamkan minda anda dengan membaca,merenung,mempersepsi dan juga membuat ta`alukan..
3)SENYUM.
senyuman boleh mengubah segala2nya.dalam mood yang tidak baik,memang agak sukar untuk melakukan ini,tapi ingat jika anda senyum pulangnnya serupa.hadiahkanlah senyuman anda pada seseorang,anda akan mendapat senyumannya balik.jika anda memasamkan muka,orang lain juga akan memasamkan muka kepada anda.
sifir kehidupan ini mudah,anda berbuata baik kepada orang lain anda akan dibalas dengan kebaikan yang sama atau mungkin lebih baik lagi.jika anda berbuat jahat kepada orang lain,anda akan mendapat balasan yang sama atau yang lebih teruk lagi,dosa dibalas dengan neraka,kebaikan dibalas dengan neraka.tidakkah itu adil????
4)BERFIKIRAN POSITIF
berfikiran positif membolehkan anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan.
berfikiran positif juga membolehkan perkara yang susah menjadi senang,masaalah bertukar menjadi peluang.masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas.
fikiran2 positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan.selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang besar kepada Allah.
berfikiran positif bakal melahirkan ilham2 positif.ilham2 positif akan melahirkan tindakan2 positif.tindakan2 positif biasanya akan membuahkan kejayaan yang cemerlang.
5)DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI.
runsing,marah2 kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi,berehatlah seenaknnya dan jika perlu,tidur.
kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendaptkan kesegaran tubuh yang betul.kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya,demikian lah hal2 berkaitan dengan manusia,termasuklah tidur.tidur2 ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda terdera serta tidak mendapat rehat yang secukupnya.
tidur yang tidak berkualiti akan mencetuskan arus theta atau arus delta,dua arus kemunduran.
6)LUAHKAN PADA SESEORANG..
anda memerlkan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini,bahkan dalam suasana2 yang biasa pun anda memerlukn seorang sahabat..sahabat adalah seseorng yang amat memahami diri anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam keadaan apa sekalipun.
seorang kawan boleh meninggalkan anda dalam keaadaan sedemikian tetapi tidak jika dia bernama sahabat.seorang shabat adalah seorang yang sudi berkongsi masaalah anda serta sentiasa berada disisi anda dengan nasihat2 yang bak mutiara itu.pilihlah sahabat yang baik,berbudi dan beriman,kerana ciri2 yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.
7)CURAHKAN DIATAS KERTAS.
curahkan pikiran anda yang rungsing itu keatas kertas.curahkan segala2nya tanpa tertinggal satu pun.kemudian bakar dan hanyutkan didalam sungai.terasa lega???
8)BERSEDIA UNTUK BERUBAH.
jangan teragak2 untuk melakukan perubahan,jika ornag lain boleh,mengapa anda tidak?apa istimewanya orang lain sedangkan anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan2 yang tertentu.
buatkan hati,kuatkan tekad,oraklah langkah tanpa menoleh kebelakang lagi.tanpa berkalau-kalau lagi.lakukan perubahan dengan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.
kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan.kesungguhan pula bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu..semua ini akan menjadi benar2 ada kesediaan untuk melakukan perubahan semua saling berkait2 dan bertimbal balik.
9)CARI KEGEMARAN BARU.
sesetengah darupada kesukaan kita akan sampai dipenghujungnya.dalam perkataan lain,dalam kata lain setiap kegemaran kitaada jangka hayatnya.
kalau dulu semasa kecil kita sangat suka bermain bola sepak,sekarang tidak lagi.mungkin semasa di university kita sangat gemar berpesatuan,sekarang tidak lagi.mmungkin juga diwaktu remaja kita sangat galak bercinta sekarang nurani itu sudah tiada,berganti dengan matlamat membina kecemerlangan keluarga.
seemuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya yang tersendiri.begitu juga dengan usia kita.apabila sudah sampai ke penghujung hayat,kita akan meninggalkan dunia ini.
hobi juga begitu,maka apabila anda mula merasakan hidup ini kosong,carilah kegemaran2 baru.tidak salah bermain game misalnya,untuk melihat adakah minat anda akan tumbuh disini.begitu juga tidak salah memelihara ikan hiasan untuk melihat adakah hobi baru ini akan memberi ketenagan kepada anda.
10)BERTEGASLAH.
bertegaslah dengan diri anda sendiri.apabila anda mengambil satu2 keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria,bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadangkala perasaan anda dibuai2 menyatakan anda sedang bad mood sekarang.
bertegas pada diri buka bermakna anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. sebagaimana anda melayani tetamu.pergi makan di tempat2 mewah dan berikan hadiah pada diri sendiri.itupun salah satu cara untuk menghargai diri anda dan ini dari sudut motivasi dipanggil HDT iaitu Harga Diri Tinggi.lawan bagi sifat ini HDR iaitu Hormat Diri Rendah.
jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda,apakah wajar anda mengharap demikian dari orang lain?