Friday, 30 January 2015

mulut.......

assalamualaikum.....

petang sabtu ni takde apa2 aktiviti apa2 untuk aku dan juga pelajar..ikut depa nak riadah apa petang..sebab harini rase letih sikit..walaupun xda buat kerja apa sangat pun..
 mungkin dengan hal semalam buat aku letih dan sedikit stress..
sape2 yang kena pun akan rasa stress..tak banyk pun sikit mesti rasa..betul la bila dikatakan peribahasa...kerana mulut,badan binasa..tapi alhamdulillah bukan mulut aku dan juga badanku yang binasa..memang leceh bila orang suka perlekehkan cara kita buat sesuatu..aduhai la manusia bernama manusia..mulut tu cubalah belajar cakap benda2 yang dapat pahala je...jangan la gunakan untuk tambah2kan sakit hati orang lain atau apa2 yang tak manafaat..sia2 je tau tak..kalau benda yang kamu cakap tu betul..aku tak kesah pun..tapi kalau benda tu pun awal2 dah tak betul..camne manusia ooiii...
allah..allah..allah...astagfirullah...astagfirullah..astagfirullah..
kamu takde ditempat aku..macam mane kamu boleh kata apa yang kami buat..cara kami ni salah??
nak tahu cara sapa yang sesuai...meh sini..try cuba dulu..aku tak kate 100 peratus cara aku salah..tapi cuba hormat apa yang kami buat..kami pun baru nak belajar..biarlah kami timba pengalaman sendiri..handle masaalah kami sendiri..kami ni bukan kejam...mungkin cara kami je keras sikit..
so yang lain2...jagalah mulut tu..dalam hadis pun ada kata..ramai wanita yang masuk neraka kerana mulut..cakap untuk diri sendiri juga...

Tuesday, 27 January 2015

USRAH MUSLIMAT 7

ASSALAMUALAIKUM..SELAMAT PETANG...

USRAH MUSLIMAT 7 atau dikenali dengan UM7...
sebut je um7...sape2 yg aktif dalam um akan tahu kot..siapa tak kenal kan...ramai yang boleh kenal..mula2 join um7..malu2,segan nak borak2 dan bermacam2 lagi ragam..tak kurang juga yang mudah kecik hati kalau terlepas pandang untuk dilayan...ramaikan..mane perasan..aku sendiri pun kadang2 depa tak pasan..tapi xde plak nak rasa kecik ati ke..ambil hati ke..biase latu kan..hehe..drama pulak..aku join um7 tak silap bulan 9 2014..ahli2 yang aku ingat..
1) kak yien..tahu mula2 aku panggil dia apa?aku panggil dia qaseh..ingtkan nama kak yien ni memang kasih..dah lame2 baru panggil kak yien..orang dia cute..bukan puji,tapi memang cute..hehe..suara dia punyelah comel..ingtkn tak kawen lagi..rupanya dah pangkat cik puan dah pun..happy sokmo orangnya..sampai skng still contact lg.
2)kak zira..sempoi,suke buat caption blur..hehe..paling suke dgr kak zira ckp dlm longat kedah..kalau sape tak kenal kak zira..orang kata dia sombong..garang..tapi dia sempoi..
3)arni..mula2 join group ni..dia paling aktif  chat dlm gp..n dia jugak salah sorang ahli yang suke buat voice dlm gp..suara je rock..orangnya lawa,kecik cute je..kita kata dia lawa..dia kata dia hensem..hahha..apa2pun memang best kawan dengan dia..
4)yana..dia ni admin gp ni..jasamu dikenang yana..dia lah asbab Allah pertemukan aku dgn ahli2 yang lain..banyak belajar,tambah ilmu..walaupun tak pernah rapat dengan dia..tapi still ingat n tanya khabr walaupun tak selalu..Allah saja yang dapat balas segalanay pada yana.insyaAllah..
5)ana adila /raihana..pemalu orangnya..best kalau kacau dia sebab dia mudah gelabah kalau usik dia..hehe sori ana..orangnya kecik.tapi semangat tinggi..hehe..
6)azura..sebaya dengan aku,tapi tetap panggil aku kak aina..haha,,ikut la nak panggil apa pun kan..orangnya nmpak matang..beza dari aku yang nmpak kebudak2kan ni..apa lagi ye pasal zura ni..hehe..
7)azie...atau laksa johor..dalam gp suka buat lawak..tapi rupanya bila depan2 dia malu2 orangnya..itulah kata kak yien mase depa dating..hehe..miau2 kata kak yien..
8)huda..budak kecik ni..suke bg voice jugak..dengan suara dia yg kecik tu..cute je..orannya pun cute je..suke hellokitty rupanya budak kecik ni..hehe..
9)laila...tapi selalu silap panggil dia laili..suara mcm budak kecik..tapi dah besar panjang dah..
dan ramai lagi sahabat2 dalam gp tu..tak terkira den nak cerito...haha..cukuplah setakat ni dulu..
apa2 pun..aku memang sayang betul dengan ahli2 gp um7 ni..
aku harap sayang aku semata2 kerana Allah..biarlah aku dapat buat sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan sahabat2..orang yang dah rasa bersahabat sahaja tahu macam mane rasanya sayangkan seorang sahabat..orang tak tahu hati aku..aku pun tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati aku sendiri..tapi Allah itu Maha Tahu..semoga Allah taala sentiasa meletakkan sesuatu yang baik pada aku dan sahabat2 aku yang lain...so kalau ada sahabat2 um7 yang baca blog ni..tapi aku takde tulis nama dia..harap maaf ye..banyk sngt nak tulis..janganlah pulak nnti kecik hati xda nama dalam ni..kalau takde nama hal kecik je..tak bermakna xda dalam ni tak ingat..kan2???
so benda kecik toksah nak kecik2 hati..
baiklah..malam semakin jauh..buat suami yang jauh dimata..semoga sihat2 selalu,jangan nakal2.hehe.
buat sahabat2 um7..jangan lupakan daku..haha..nmpak tak drama tengah malam kat sini?
selamat malam..allahummabismikaamutuwaahya..ameen..ameen.ameen..

Thursday, 22 January 2015

kisah arwah,kesan2 banjir,etak dan adik....

assalamualaikum...

beginilah ceritanya beberapa hari yang lepas..waktu pagi tiba2 dapat call yang ada saudara dah tenat..tunggu masa sahaja..dikelantan..jadi terus dari perak ke kelantan..lalu jalan gerik..jangan cakap..memang jauh,makan mase hampir 6 jam perjalanan.dan sepanjang perjalanan kat sana hanya nampak kesan2 banjir teruk..memang teruk..sampai kelantan,singgah dirantau panjang,terjumpa kawan suami..depa pun borak2 dulu..kawan lama kot..pas isyak gerak ke hospital kota bharu..tapi tak masuk..sebab ingatkan tak boleh masuk..jadi singgah makan kedai dulu n check in tempat tidur malam tu dekat2 kawasan hospital supaya senang nak pagi esok..
malam tu jugak `adik kesayangan' aku sms,kate yang dia dalam hospital..kebetulan mase tu baru je hantar sms pada dia.dia nak oprate tekak...masaalah tonsil..hati ni risau..Allah saje yang tahu..doa aku mase tu supaya dia selamat,aurat dia terjaga,dan cepat sembuh sepenuhnya..alhamdulillah..2 hri lepas tu dia dah balik rumah..syukur sangat2..semoga cepat sembuh..
ok..sambung balik..pagi tu dalam pukul 2 pagi dapat berita atok musa dah meninggal dunia..innalillahiwainnailaihiroojiuunn...pas sarapan,terus ke rumah atuk,jenazah dah sampai rumah..mase baca yassin..Allah saje yang tahu macam mane perasaan aku..walaupun atok musa ni pernah jumpa 2 kali je..sekali mase raye 2 tahun lepas..n kali kedua mase dia dah meninggal..masa berlalu dengan cepat..atok musa sakit tua..takde penyakit teruk2..orang jaga amaln..memang mcm nilah kesudahan hidupnya..moga Allah mudahkan urusan dalam kuburnya..amin..
mase ahli2 keluarga tengok jenazah buat kali terakhir..semua tak dapat tahan air mata..sesiapa pun akan terasa sesuatu bila kehilangan insan yang bermakna dalam hidup..tak kiralah orang itu dia sayang dengan sepenuh hati atau tidak...pas solat jenazah dimasjid..terus gerak balik ke perak..terkejar2..salah satu sebab terus balik sebab taknak lalu jalan grik tu waktu malam...seram,seriau,risau...semua ada..bukan apa..kesan tanah2 runtuh banyak sangat2,jalan yang nak lalu pun bukannya ada lampu bila malam2..so..bahaya lg orang tak berani macam aku ni..tak yang paling tak lupa..masa dalam perjalanan balik..mata aku tak tidur langsung..bukan sebab takut..tapi mata aku tengah perhatikan kalu makcik2 ni ad jual etak kegemaran aku..febret tuuu...tapi takda 1 pun kedai tepi jalan tu jual etak...mungkin sebab baru lepas banjir..jadi takdelah etaknya..sepanjang2 hidup ke kelantan..ni first time xda jual etak..Allah..Allah saje yang tahu macam mane tekak ni nak sngt2 makan benda tu..tapi takpe..buka rezki..lain kali kita cari lagi...

pesanan utk family atok musa..semoga tabah hati dan redha dengan segala2nya..
pesanan untuk rakyat kelantan yang mengalami banjir..semoga segalanya cepat pulih..dan dimudahkan segala urusan..amiiinn..
dan buat arni illani..semoga cepat2 sembuh sepenuhnya..maaf kalu tak selalu tnya khabar awak dik..saya taknak ganggu awak rehat..insyaAllah apa2 bole sms sy..

selamat pagi......

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI

Assalamualaikum...

semalam blog buat hal,nak login tak boleh,tak pasti samaada aku salah password atau apa..
tapi alhamdulillah harini dah ok..

rasanya sesuai nak share pasal nak membina motivasi diri..sesuai dengan keadaan aku sekarang..
tapi tip2 ni bukanlah keluar dari otakku sendiri..tapi dari buku MOTIVASI MINDA MEMBINA JATI DIRI CEMERLANG hasil penulisan dari DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ...
orang yang memang terkenal dengan motivasinya..
jadi rasanya tak salah nak copy kat sini..nak tunggu ayat motivasi dari otak sendiri..rasanya takkan kemana la...allah...

10 cara membina motivasi diri...

tiba2 anda berasa tidak bermaya sekali,hidup terasa tiada erti.nyata anda telah kehilanagn motivasi diri.apa yang harus anda lakukan?
sebelum mengambil sebarang langkah,duduk sejenak,tarik nafas panjang,dan lepaskan sekali gus,kemudian pejam mata dan beri salam kepada diri sendiri dan berkata"hai,engkau bukan dijadikan untuk berkeluh kesah"kemudian bangkit dan cuba lakukan perkara2 berikut.

1)PERBAIKI EMEJ ANDA.

  Cuba lakukan sidikit perubahan.jikalau sebelum ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok,cuba kali ini menukar selalu dan pelbagaikan warna.
kalau selama ini jarang mengenakan tali leher,kenakan tali leher,tukar gaya menyikat rambut dan sangkutkan pen mahal dan berjenama dipoket.ubah gaya jalan anda,sesuai dengan attire baru yang anda kenakan.
jika nada wanita,tukar emej kusam kepada kemas,elegen dan aktif.perkemaskan juga wajah anda dengan solekan ringan.kenakan  warna2 ceria pada tubuh anda,pada baju dan tudung.hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri.
janagn terlalu pendiam tetapi jangan terlalu pula bising.bersikap sederhana dan ringan mulut jika orang meminta pendapat dan diam bila orang bercakap hal2 sensitif seperti politik dan lain2.

2)LAKUKAN SENAMAN RINGAN.
   tubuh yang  lemah lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan sedikit gerakan tubuh.tidak perlu melakukan senam2 berat kerana itu boleh menyebabkan tubuh badan anda letih.keletihan boleh menyebabkan anda kembali tidak bermaya.mengikut kajian,bukan semua orang sesuai untuk melakukan senaman berat.sesetengah orang atas sebab2 kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan tidak bersenam dengan berat.

senaman juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yanng berhalangan.bermain computer game mungkin salah satu caranya tapi untuk lebih santai senamkan minda anda dengan membaca,merenung,mempersepsi dan juga membuat ta`alukan..

3)SENYUM.
   senyuman boleh mengubah segala2nya.dalam mood yang tidak baik,memang agak sukar untuk melakukan ini,tapi ingat jika anda senyum pulangnnya serupa.hadiahkanlah senyuman anda pada seseorang,anda akan mendapat senyumannya balik.jika anda memasamkan muka,orang lain juga akan memasamkan muka kepada anda.
sifir kehidupan ini mudah,anda berbuata baik kepada orang lain anda akan dibalas dengan kebaikan yang sama atau mungkin lebih baik lagi.jika anda berbuat jahat kepada orang lain,anda akan mendapat balasan yang sama atau yang lebih teruk lagi,dosa dibalas dengan neraka,kebaikan dibalas dengan neraka.tidakkah itu adil????

4)BERFIKIRAN POSITIF
   berfikiran positif membolehkan anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk  membina kejayaan.
 berfikiran positif juga membolehkan perkara yang susah menjadi senang,masaalah bertukar menjadi peluang.masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas.
fikiran2 positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan.selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang besar  kepada Allah.
 berfikiran positif bakal melahirkan ilham2 positif.ilham2 positif akan melahirkan tindakan2 positif.tindakan2 positif biasanya akan membuahkan kejayaan yang cemerlang.

5)DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI.
  runsing,marah2 kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi,berehatlah seenaknnya dan jika perlu,tidur.
kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendaptkan kesegaran tubuh yang betul.kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya,demikian lah hal2 berkaitan dengan manusia,termasuklah tidur.tidur2 ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda terdera serta tidak mendapat rehat yang secukupnya.
  tidur yang tidak berkualiti akan mencetuskan arus theta atau arus delta,dua arus kemunduran.

6)LUAHKAN PADA SESEORANG..
   anda memerlkan seorang sahabat ketika  anda berasa tidak stabil seperti ini,bahkan dalam suasana2 yang biasa pun anda memerlukn seorang sahabat..sahabat adalah seseorng yang amat memahami diri anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam keadaan apa sekalipun.
seorang kawan boleh meninggalkan anda dalam keaadaan sedemikian tetapi tidak jika dia bernama sahabat.seorang shabat adalah seorang yang sudi berkongsi masaalah anda serta sentiasa berada disisi anda dengan nasihat2 yang bak mutiara itu.pilihlah sahabat yang baik,berbudi dan beriman,kerana ciri2 yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.

7)CURAHKAN DIATAS KERTAS.
  curahkan pikiran anda yang rungsing itu keatas kertas.curahkan segala2nya tanpa tertinggal satu pun.kemudian bakar dan hanyutkan didalam sungai.terasa lega???

8)BERSEDIA UNTUK BERUBAH.
  jangan teragak2 untuk melakukan perubahan,jika ornag lain boleh,mengapa anda tidak?apa istimewanya orang lain sedangkan anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan2 yang tertentu.
buatkan hati,kuatkan tekad,oraklah langkah tanpa menoleh kebelakang lagi.tanpa berkalau-kalau lagi.lakukan perubahan dengan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.
kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan.kesungguhan pula bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu..semua ini akan menjadi benar2 ada kesediaan untuk melakukan perubahan semua saling berkait2 dan bertimbal balik.

9)CARI KEGEMARAN BARU.
  sesetengah darupada kesukaan kita akan sampai dipenghujungnya.dalam perkataan lain,dalam kata lain setiap kegemaran kitaada jangka hayatnya.
kalau dulu semasa kecil kita sangat suka  bermain bola sepak,sekarang  tidak lagi.mungkin semasa di university kita sangat gemar berpesatuan,sekarang tidak lagi.mmungkin juga diwaktu remaja kita sangat galak bercinta sekarang nurani itu sudah tiada,berganti dengan matlamat membina kecemerlangan keluarga.
     seemuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya yang tersendiri.begitu juga dengan usia kita.apabila sudah sampai ke penghujung hayat,kita akan meninggalkan dunia ini.
  hobi juga begitu,maka apabila anda mula merasakan hidup ini kosong,carilah kegemaran2 baru.tidak salah bermain game misalnya,untuk melihat adakah minat anda akan tumbuh disini.begitu juga tidak salah memelihara ikan hiasan untuk melihat adakah hobi baru ini akan memberi ketenagan kepada anda.

10)BERTEGASLAH.
   bertegaslah dengan diri anda sendiri.apabila anda mengambil satu2 keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria,bertegaslah untuk terus  berkata begitu biarpun kadangkala perasaan anda dibuai2 menyatakan anda sedang bad mood sekarang.
   bertegas pada diri buka bermakna anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. sebagaimana anda melayani tetamu.pergi makan di tempat2 mewah dan berikan hadiah pada diri sendiri.itupun salah satu cara untuk menghargai diri anda dan ini dari sudut motivasi dipanggil HDT iaitu Harga Diri Tinggi.lawan bagi sifat ini HDR iaitu Hormat Diri Rendah.
   jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda,apakah wajar anda  mengharap demikian dari orang lain?


Saturday, 17 January 2015

assalamualaikum....
malam ni takde apa2 nak kongsi..cuma nak cakap yang aku sedang banyak pikir..Allah saje yang tahu.bila kepala banyk pikir..otakku mula lemah..mate nak pejam..ok lah..selamat malam..insyaAllah esok otak akan kembali fresh..

Thursday, 15 January 2015

it has to be you

today...as my memory wanders...
at the end of this road,i still linger
although i can`t see you,you`re still holding me tight,
i also question this path,
i want to see you,
and i want to hold you,
i look up in the sky and pray,
if it`s not you,then it can`t be,
i can`t be without you,
being like this for day,month,even years,
even if i`m hurt,it`s fine,
even if my heart hurts,it`s fine,
that`s right,it`s because i love you,
i cannot do it again,
i cannot send you away,
if i forget you,i can`t go on,
if it`s not you,then i can`t be,
i can`t be without you,
my bruised heart,
is yelling at me to look for you,
where are you?,
don`t you her my voice?,
to me,
i may live again,
but no matter how many time i`m born,
i can`t live a day without you,
you`re the person i`ll keep,
the person  that i`ll love,
yes,because you`re the only one i need,




Tuesday, 13 January 2015

Hati yang sedang menyebut2 tentang rindu

sebelum tidur..
mari berkeyboard dulu..
ikutkan hati...
banyak benda nak cakap..
tapi dah lewat kan..
esok ada kelas..jadi tak boleh lambat2 sangat masuk tidur..
boleh dikatakan malam ni..hati aku rindu beberapa insan..
bila hati dah terbit rindu..
tidur pun susah dan tak lena..
makan pun banyak tapi tak kenyang..
lebih suka termenung..
tapi sampai bila kan..
patutnya bila hati rindu..banyak2 lah doa..
allah taala sahaja yang tahu macam mane hati aku tahan dengan semua ni..
semoga insan2 yang aku rindu sentiasa dalam keadaan yang baik..
biar apapun yang mereka sedang lakukan..
semoga apa yang mereka harapkan dan hajtkan sentiasa dimakbulkan Allah..
apa lagi cara untuk aku lepaskan rindu selain menghadirkan engkau dalam doa ku..
kadang2 bila berdoa..aku terlupa utk doakan sesuatu utk diri sendiri disebabkan aku terlalu leka dan asyik mendoakan insan2 lain..
allah saja yang tahu betapa gentarnya hati aku  bila aku sebut namamu dalam ucapan2ku..
bagaimana hati kau bagai dirobek2 kerana rindu..
aku harap rindu aku adalah kerana Allah..
 "allahumma bismika amutu waahya"
amin..amin..amin..

solat hifzil quran

salam alaik...
rasanya petang nak kongsikan cara2,dan doa solat hifzilquran..
solat ni sangat sesuai untuk mereka2 yang menghafaz alquran dan belajar hadis..belajar benda2 lain pun sesuai kot..petang td bincang dengan ustazah lagi sorang..bila yang sesuai buat solat ni untuk pelajar2..sebab benda mana2 tempat yang hafaz quran akan buat solat ni..samaada secara berjemaah atau infradi [persendirian]..plan dah lame nak buat..tapi asyik selalu lupa je..biasalah..benda baik,ada saje benda yang mencucuk supaya lambat2kan..jadi alhamdulillah insyaallah minggu ni dah boleh mulakan solat ni..semoga allah mudahkan orang2 yang mengamalkan solat ni..

Hazrat Abdullah bin Abbas r.huma berkata;''saya pergi ke majlis Nabi s.a.w dan disana Hazrat Ali r.hu telah datang dan berkata''wahai Rasulullah,saya mengorbankan ayah dan ibu saya untuk tuan,ayat2 al quran tidak melekat dihati saya.apa2 sahaja yang hafal idak kekal diingatan''Nabi s.a.w  bersabda''hendakkah saya memberitahu kepada kamu 1 cara yang memberi manfaat kepada kamu dan kepada sesiapa yang kamu sampaikan  tentang hal ini serta apa2 sahaja yang kamu pelajari akan terpelihara dalam ingatan kamu?''
diatas permintaan Ali r.hu,Nabi s.a.w memberitahu.''apabila tiba malam jumaat[khamis malam],sekiranya kamu mampu,bangun pada satu pertiga bahagian akhir malam[lebih kurang dari pukul 3 pagi samapi sebelum subuh].masa itu adalah masa yang paling baik ,kerana masa itu adalah waktu para malaikat turun ke bumi dan masa yang khusus untuk penerimaan doa.untuk menunggu masa tersebutlah Hazrat Yaakub a.s berkata''tidaki lama lagi aku akn memohon keampunan untuk kamu daripada tuhanku''[yakni malam jumaat].
sekiranya abda sukar untuk bangun pada masa itu,maka bangunlah pada pertengahan malam.sekiranya itupun anda tidak mampu,maka berdirilah mengerjakan solat sunat 4 rakaat pada permulaan malam.
caranya ialah..pada rakaat pertama setelah membaca surah al fatihah bacalah surah yassin,pada rakaat kedua setelah membaca surah al fatihah bacalah surah ad dukhan,pada rakaat ketiga selepas membaca surah al fatihah bacalah surah alif lam mim assajadah,pada rakaat keempat selepas srah alfatihah bacalah surah al mulk.setelah memberi salam,pertama kamu  hendaklahmemuji Allah taala sebanyak2nya kemudian kamu hendaklah berselawat keatasku.kemudian berselawat kepada semua Nabi2 a.s.selepas itu beristigfarlah untuk seluruh orang mukmin dan anda.selepas itu bacalah doa ini..

الحمد لله رب العلمىن عدد خلقه و رضى نفسه وزىنة عرشه و مداد كلماته,اللهم لا احصى ثناء عليك انت كما اثنيت على  نفسك,اللهم صلى و سلم و بارك على سىدنا محمد ن النبى الامي الها شمي وعلى اله واصحابه الببرة الكرام و على سائر الانبيآء والمرسالين والملآئكة المقربين ربنا اغفرلنا ولاءخواننا الذين سبقونا بلاءيمان و لا تجعل فى قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا انك رئوف رحيم ,اللهم اغفرلي ولوالدي ولجميع المؤمين والمؤمنات والمسلمات انك سميع مجيب الدعوات

maksudnya:
segala puji bagi Allah taala tuhan sekalian alam sebanyak bilangan ciptaannyadan keredhaannya,seberat timbangan arashNya dan sebanyak dakwat kalimah2Nya,YaAllah..aku tidak mampu mengira pujian untukMu sebagaiman Engkau sendiri memuji diriMu,yaAllah sampaikan selawat dan salam serta berkatilah penghulu kami, Nabi s.a.w yang ummi,daripada bani Hashim dan keatas keluarga dan sahabat2 baginda s.a.w lagi baik dan mulia, dan keats seluruh nabi dan Rasul serta para malaikat muqarrabin.wahai tuhan kami ampunilah kami dan saudara2 kami,yang telah mendahului kami dengan iman dan jangan Engkau menjadikan dalam hati kami perasaan dengki terhadap orang2 yang beriman.wahai tuhan kami sesungguhnya Engkau maha Mengasihani dan Maha Penyanyang.Ya Allah..ampunilah daku dan kedua ibubapaku,dan seluruh orang yang beriman dan orang islam lelaki dan perempuan,sesunguhnya Engkau Maha Mendengar dan menerima doa2.

selepas itu bacalah doalah yang tela diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada Hazrat Ali r.hu,sebagaimana dalam hadis diatas.doanya ialah berikut:

اللهم ارحمني بترك المعاصي ابدا ما ابقيتني وارحمني ان اتكلف ما لا يعنيني وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني اللهم بديع السموات ولارض ذلجلال والءكرام والغزة التي لا ترام اسالك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك ان تلزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني وارزقني ان اتلوه على نجوالذي يرضيك عنى اللهم بديع السموات والارض ذلجلال والاءكرام والعزة التي لا ترام اسالك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك ان تنور بكتابك بصري وان تطلق به لساني وان تفرج به عن قلبي وان تشرح به صدري وان تغسل به بدني فانه لا يعينني على الحق غيرك ولا يئتيه الاانت ولاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم.

maksudnya:
YaAllah rahmatilah daku sehingga daku dapat meninggalkan maksiat selama engkau menghidupkan aku,rahmatila daku sehingga aku tidak menanggung apa2 beban yang tidak memberi manfaat kepadaku,kurniakanlah kepadaku pandanagn yang baik terhadap amaln yang membawa daku kepada keredhaanMu,wahai tuhan yang mengciptakan langit dan bumi,wahai tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang yang tidak mungin dapat dicapai oleh sesiapa pun,wahai Allah,wahai Yang Maha Pemurah akumemohon dengan kehebatan dan Nur WajahMu supaya Engkau menetapkan hatikuuntuk menghafal kitabMu sebagaimana Engkau telah mengajarku.dan kurniakanlah[taufiq] supaya aku dapat embaca al quran dengan cara yang menyebabkan Engkau redha terhadapku,.wahai tuhan yang menciptakan langit dan bumi,yang memiliki kehebatan,kemuliaan yang tidak dapat dicapai oleh sesiapapun.wahai Allah dan wahai tuhan Yang Maha Pemurah,aku memohon dengan kehebatan dan Nur WajahMu supaya engkau mencahayakan penglihatanku dengan NUr  KitabMu  dan Engkau menggerakkan lidahku untuk menyebut al quran dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkatan Al quran dan Engkau lapangkan dadaku dengan keberkatan al quran dan Engkau membasuh badanku dengan al quran[daripada kotoran dosa]  kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku keatas perkara yang haq[benar]  kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara haq itu [kepadaku]  kecuali Engkau,dan tiada daya [untuk melakukan kebaikan] dan tiada upaya [untuk menjauhi sebarang kejahatan]  kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"

selanjutnya Rasulullah s.a.w bersabda,
"wahai ali,lakukan amalan itu sama ada 3 kali jumaat,5 kali jumaat,atau 7 kali jumaat,,insyaAllah doa kamu pasti akan dikabulkan.Demi Zat  yang mengutuskan daku dengan kebenaran, doa ini tidak akan ditolak oleh mana2 mukmin.

hazrat Abdullah bin Abbas r.huma berkata setelah berlalu 5 atau7 minggu maka hazrat Ali r.hu telah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata;wahai Rasulullah dulu saya membaca lebih kurang 4 ayat,itupun aku tidak dapat mengingati,sedangkan sekarang saya membaca 40 ayat dan ayat2 itu dapat saya ingati sehingga seolah2 al quran terbuka dihadapanku,dahulu saya mendengar hadis,dan selepas itu saya mengulangi hadis2 itu,namun hadis2 itu tidak kekal dalam ingatanku,sekarang saya bila saya mendengar hadis,apabila saya ingin menyampaikan hadis itu kepada orang lain,satu huruf pun saya tidak tertinggal..


alhamdulillah...semoga solat hifzi dan doa2 ini memberi manfaat yang baik untuk semuanya..
amin..amin..amin.. 

Monday, 12 January 2015

yang terbaik dari yang lain

nampaknya malam ni aku akan mengadap blog ni lame sikit...
baiklah..sambung yang petang tadi punya cerita...
selepas wana(jurulatih pancaragam) tu..ade la dua tiga orang yang rapat..rapat..tapi setakat ni xpernah langsung dengar masaalh aku..aku suka dan sedia dengar masaalah aku..
tapi bukan jenis yang nak cerita semua masaalah..
bukan semua..sikit pun tak..kalu biasenya ada apa2..mungkin halaman2 muka surat dairy ku akan jadi mangsa ayat2 aku..
rasa tak pandai nak meluah pada orang..
lagipun kalau luah kang...lagi bertambah2 pening pulak,baik diam je kan...





tahun lepas..dalam bulan 9..mungkin awal2 bulan 9 2014..
aku join 1 group usrah whatsapp..dah 24 tahun hidup..tapi belum pernah join apa2 usrah..sebab dulu ingat usrah ni untuk pelajar2 university,kolej n apa2 lagi...aku mane la jejak kat tempat2 belajar macam tu..bila join group tu...rasa macam..hahha..nak bagitahu pun tak reti macam mane..tapi mungkin rasa seronok..ramai betul dalam group tu..nama group tu USRAH MUSLIMAT 7..adminnya nurdiana mustamin..malam yang mula2 aku join tu..aku tanya..apa itu usrah..so admin pun terangkan lah dengan seterang2nya..wa;aupun sebenarnya banyak kali terangkan baru aku faham..malam tu jugak aku dengan selambanye..buat pertama kali bagi pengisian..kira main redah je mase tu..aku mane tahu kalau nak bagi pengisian kena ada turn n jadual..hahaha..xcited punya pasal..tapi yang bagusnya..diaorang semua tak kesah pun sikap aku yang main redah je tu..alhamdulillah..tajuk malam tu aku bagi (TENTANG DAJJAL)..aku yang bagi pengisian pun sronok,sebab depa macam kusyuk gila baca pengisian aku..tak sempat nak taip pun diaorang dah tanya "pastu2"??..allah..dalam hati mase tu..Yaallah..biarlah apa yang aku post ni bg manfaat..boleh dikatakan group UM7 ni..kecoh,hyper n macam2 lagi..sorang masuk..boleh dikatakan semua nak masuk..kalau ada yang komen kata kurangkan cakap lagha..kitaorang diam je..pandai2lah admin yana tu settlekan..xdelah lagha mane pun..biaselah..baru nak kenal2kan..so..banyakla benda nak tanye,nak borak2,nak kenal2 muka..tapi sebenarnya..mungkin handphone depa hang...kalau hang..silalah left..manusia memang selalu lagha..jadi..faham2 jela..lama2 UM7 pun kembali reda dengan bisikan2 mengatakan phone saya hang..tak kurang jugak yang left secara mengejut..atas sebab tiada orang layan dia cakap..mane nak pasan..kan ramai..allah..itu pun nak amek port..



beberapa hari lepas aku masuk UM7 tu..ada hari lahir salah seorang ahli UM7 tu..ARNI ILLANI..nama yang aku tak pernah dengar sebelum ni..orang lain mungkin pernah..tapi mase hari lahir dia..aku tak nampak dia dalam UM7..aku pun pm dia..

assalamualaikum arni...
selamat hari lahir..
moga panjang umur..
murah rezeki..
mungkin itulah lebih kurang ayat yang aku bagi pada dia..dah tak ingat..hahaha..ingatkan dia tak balas..tak lama lepas tu dia balas..rupanya dia demam..Allah..macam mane aku sebagai sama2 dalam UM7 tu aku boleh tak perasan???..pastu stop sampai situ je chat..sebab taknak kacau dia..
bila dah lama2 dalam UM7 tu..aku mula rapat dengan ARNI ILLANI ni..
dia sempoi..
ceria sokmo bila dia dalam gp..
bz2 pun dia masih join gp..
dia jugaklah yang ajar ahli2 dalam UM7 tu bervoice..gara2 malas taip..
mase dalam gp..tak banyak yang aku kenal..
bila selalu2 pm dia..mula kenal lebih baik lagi..
ternyata dia memang best..
tak sombong..
baik..
pandai masak..
jujur bila bercakap..
tak kisah dengan siapa pun dia boleh kawan..
pendengar yang setia..
dia sayangkan ahli keluarga dia..
sayang motor dia..
suka main game..hahha..
banyak kongsi masaalah dengan aku..
dia tak pernah kisah aku jenis yang yang macam mane pon..
dia suka cerita tentang diri sendiri..
tentang adik2 dia..
secara jujurnya..memang rapat..
seronok kot bila berborak..hahaha..
ALLAHUAKHBAR.. macam rasanya bila ada orang yg suka berkawan dengan kita.
dia bukan je rapat dengan aku..dengan anak aku sekali dia rapat..lagi tambah2 rapat bila dia datang rumah..stay dalam 3 hari 2 malam..pelikkan??baru beberapa bulan kenal..tapi boleh bawak datang rumah..aku tak pernah pun sangka buruk atau pikir yang bukan2 sebelum pelawa dia datang rumah..sebab dari gerak hati dia seorang yang baik..lagipun kawan kan..apa salahnya..alhamdulillah dia selamat datang kat rumah aku..segan mula2 tapi biarlah..bila lagi nak jumpa kan..tapi aku rasa layanan aku pada dia sebagai tetamu tak memadai kot..patutnya layanan kena lagi baik n perfect..mungkin masa akan datang kalau diizinkan ALLAH harap dia dapat datang umah lagi..takpun insyaALLAH aku datang pahang sana..
hari berganti hari..bulan berganti bulan..kesibukan mula datang pada semua orang..tak terlepas juga pada aku dan Arni..bila masing2 dah bz..contct pun jarang2.takde dah call selalu..mane taknye..bila free..aku mesti tido..letih..ada mase jengah la jugak gp tu..tapi tak selalu..arni lagilah bertambah2 bz..kerja dia mungkin lagi susah dan rumit..nak cerita pun tak reti..tapi dah nama pun kerja..bz la kan..tapi..dalam bz2 dia pun..dia tetap dengar masaalh2 aku..bagus punya kawan..korang mungkin takde kaan macam ni..bz2 pon masih sempat ingtkan aku jaga diri,makan,minum air banyak..jaga hati..kalau korang hanya baca sahaja story ni..mgkin korang kata..alaa...biasa la tu kawan macm tu..tapi bagi aku tidak..ini bukan biasa..ini luar biasa..nampak over kan??biaq pi la kan..
sesibuk mana pun..bila solat,doa,mengaji,baca hadis..comfrom ingat dia,sape boleh lupa kawan yang macam ni..rugilah sape yang pernah sia2kan dia sebagai kawan,rugilah siapa yang hanya buat tafsiran dengan memadang dari luaran sahaja..hati lebih penting..kalau sapa2 baca story ni..mesti orang kata aku obses dengan kawan aku yang sorang ni..tapi apa salahnya kan..bukan aku fitnah dia kan?bukan aku buruk2kan dia..bukan aku musuh dia..aku kawan dia,sahabat dia,teman dia,.n apa2 lagi lah kan..jadi rasanya tak jadi masaalh kalu hampir 1 blog aku ni cakap tentang dia..dia dah macam adik aku..memang aku sayang dia..sahabatkan..sahabat yang berharap hubungan ini membimbing ke syurga...



                                                                                                                                                             
ARNI ILLANI....jagalah diri elok2,walaupun awak selalu kata"pandailah sy jg diri kak"..tapi pesan tetap pesan..jaga amaln harian,solat,mengaji,zikir,bacaan hadis2,kisah2 sahabat n Nabi..teruskan menjaga adik2 dengan sebaik2nya..jaga kesihatan..teruskan jaga aurat dengan baik..binalah hubungan yang terbaik dengan YANG ESA..Dia saja pendengar paling setia..walaupun kita kadang2 lupa Dia..banyk2 doa..utk diri sendiri,family,kawan2..dan saya..saya mungkin bukan kawan yang terbaik utk awak..tapi tak salah rasanya kalau sy beranggapan awak yg terbaik utk saya sebagai kawan..saya akan sentiasa ada disisi awak..hadir disisi awak dengan doa2 saya..Allah saja yang tahu macam mna sy menghargai awak..ini tak boleh digambarkan dengan kiasan atau syair2.tak juga dengan kata2..hanya hati orang yang pernah rasa saja yang tahu perkara ni..saya tiada apa nak diberikan selain doa2 supaya awak sentiasa menjadi seseorang yg dimudahkan segala urusan,diberkati,disayangi,dirahmati,dihargai,tabah denagn apa2 sahaja yang datang..saya sentiasa akan doakan awak dapat seseorang yang betul2 menghargai awak..dapat menjaga awak dengan baik..walaupun awak selalu kata jodoh tak pasti,mati itu pasti..tapi tak salah rasanya kalau saya doakan seseorang utk hadir dalam hidup awak..aturan ALLAH taala adalah yang terbaik..bukan dalam hal jodoh sahaja.tapi dalam setia perkara..pasti terselit sesuatu hikmah..terima kasih hadir dalam carta hidup saya sebagai seorang kawan..banyak perubahan yang telah berlaku dalam hidup saya sejak awak hadir..alhamdulillah..semua dengan ALLAH..saya insyaALLAH tidak akan mengambil kira siapa awak sebelum ini..sebab semua itu tak penting,dan last skali..jangan lupa saya...paling penting masa awk berdoa..saya mungkin selalu menyakitkan awak dengan kata2 saya,perbuatan saya,layanan saya,jadi maafkan lah ye..andai saya ada menunjukkan contoh2 yang tidak baik..maafkan juga..mugkin saya terlalai maaf..saya harap..kita akan berjumpa disyurga..sama2 menikmati syurga masing2 dengan hati yang gembira..amin..amin..amin..alahamdulillah diatas oertemuan yang  ALLAH telah aturkan utk kita..dan UM7..assalamualaikum.....
assalamualaikum...

mungkin time2 ni nak cakap tentang sahabat,kawan,teman...
bezakah ketiga2 perkataan tersebut????
nampak seperti sama saja maksudnya..
tapi mungkin tidak...
yang penting sekarang bukan nak kupas pasal ni..
aku nak bercerita tentang insan2 yang pernah hadir sebagai sahabat,kawan ataupun teman..

sejak dari kanak2..memang tup2 dah ada kawan..
biasalah..budak2 kan..
bila naik sekolah kawan2 pun bertambah2..
bila masuk asrama pun sama..
tapi rasanya mase tu tak pikir.
pentingkah seseorang kawan atau sebagainya..
jadi..semua orang boleh jadi kawan..

mase tahun 2007..pernah tersalah no dengan sorang jurulath pancaragam..
ingatkan lelaki..jadi..xdelah nak melayan pun..
tup2 perempuan rupanya..
tak terpikir nak berkawan dengan orang2 yg bekerja ni..tak biasa..
tapi dia slalu contact..
lama2 sampai skarang pun contact..
nak kata baik tu...boleh la..mungkin sebab apa2 pun dia mesti bagitahu..
jalan hidup dia agak complicated..
masaalh sana sini..
tapi aku bukan orang yang bagi jalan penyelesaian..
aku cuma bagi nasihat2 yang aku rasa agak bernas untuk aku sampaikan..
setakat ni dia takde mengatakan tidak pada nasihat2 aku..
padahal dia lagi tua kot dari aku..
tua sangat tu tidaklah..
cuma beza 4 tahun je..
nampaknya dia dah jauh berubah dari 4 tahun lepas yang aku kenal..
dia jadi seorang ibu n isteri yang betul2 pikirkan tanggung jawab..
nak berubah bukan mudah,,
tapi alhamdulillah...mungkin dia buat tu semata2 kerana Allah..
jadi Allah dah mudahkan dia..
jadi janganlah kita cop seseorang tu takkan dan tak boleh berubah..
mungkin orang yang kita kata tidak n takkan tu akan jadi jauh lebih baik dan bagus dari kita..
so pointnya...bersangka baiklah sentiasa..

ok..nanti sambung lagi..tata...

Sunday, 11 January 2015

salam alaik...
ini buat pertama kalinya permata nak berkeyboard..

peringatan..

siapa tahu apa itu peringatan???
biasanya peringatan akan datang bila sesuatu perkara terjadi..
mungkin ya,mungkin tidak..
boleh dikatakan diakhir2 tamatnya dunia ini..
banyak peringatan telah diberi..
ada yang sedar..
ada yang buat tak sedar..
ada yang mengambil peringatan itu sebagai 1 peringatan untuk dia berubah menjadi yang lebih baik..
ada yang tahu akan peringatan tersebut..tapi merasakan peringatan itu bukan untuk diri meraka dan terus menerus tidak melakukan yang terbaik untuk diri meraka.
bolehkah begitu??
bolehkah bertangguh dalam memperbaiki diri sendiri??
bolehkah menganggap masih ada masa yang banyk untuk mereka??

bercakap bukan sekadar untuk diri sendiri..
tapi juga untuk diri sendiri..

apa pun..biarlah kelalaian ini berlalu dan tak kembali...