Tuesday, 13 January 2015

solat hifzil quran

salam alaik...
rasanya petang nak kongsikan cara2,dan doa solat hifzilquran..
solat ni sangat sesuai untuk mereka2 yang menghafaz alquran dan belajar hadis..belajar benda2 lain pun sesuai kot..petang td bincang dengan ustazah lagi sorang..bila yang sesuai buat solat ni untuk pelajar2..sebab benda mana2 tempat yang hafaz quran akan buat solat ni..samaada secara berjemaah atau infradi [persendirian]..plan dah lame nak buat..tapi asyik selalu lupa je..biasalah..benda baik,ada saje benda yang mencucuk supaya lambat2kan..jadi alhamdulillah insyaallah minggu ni dah boleh mulakan solat ni..semoga allah mudahkan orang2 yang mengamalkan solat ni..

Hazrat Abdullah bin Abbas r.huma berkata;''saya pergi ke majlis Nabi s.a.w dan disana Hazrat Ali r.hu telah datang dan berkata''wahai Rasulullah,saya mengorbankan ayah dan ibu saya untuk tuan,ayat2 al quran tidak melekat dihati saya.apa2 sahaja yang hafal idak kekal diingatan''Nabi s.a.w  bersabda''hendakkah saya memberitahu kepada kamu 1 cara yang memberi manfaat kepada kamu dan kepada sesiapa yang kamu sampaikan  tentang hal ini serta apa2 sahaja yang kamu pelajari akan terpelihara dalam ingatan kamu?''
diatas permintaan Ali r.hu,Nabi s.a.w memberitahu.''apabila tiba malam jumaat[khamis malam],sekiranya kamu mampu,bangun pada satu pertiga bahagian akhir malam[lebih kurang dari pukul 3 pagi samapi sebelum subuh].masa itu adalah masa yang paling baik ,kerana masa itu adalah waktu para malaikat turun ke bumi dan masa yang khusus untuk penerimaan doa.untuk menunggu masa tersebutlah Hazrat Yaakub a.s berkata''tidaki lama lagi aku akn memohon keampunan untuk kamu daripada tuhanku''[yakni malam jumaat].
sekiranya abda sukar untuk bangun pada masa itu,maka bangunlah pada pertengahan malam.sekiranya itupun anda tidak mampu,maka berdirilah mengerjakan solat sunat 4 rakaat pada permulaan malam.
caranya ialah..pada rakaat pertama setelah membaca surah al fatihah bacalah surah yassin,pada rakaat kedua setelah membaca surah al fatihah bacalah surah ad dukhan,pada rakaat ketiga selepas membaca surah al fatihah bacalah surah alif lam mim assajadah,pada rakaat keempat selepas srah alfatihah bacalah surah al mulk.setelah memberi salam,pertama kamu  hendaklahmemuji Allah taala sebanyak2nya kemudian kamu hendaklah berselawat keatasku.kemudian berselawat kepada semua Nabi2 a.s.selepas itu beristigfarlah untuk seluruh orang mukmin dan anda.selepas itu bacalah doa ini..

الحمد لله رب العلمىن عدد خلقه و رضى نفسه وزىنة عرشه و مداد كلماته,اللهم لا احصى ثناء عليك انت كما اثنيت على  نفسك,اللهم صلى و سلم و بارك على سىدنا محمد ن النبى الامي الها شمي وعلى اله واصحابه الببرة الكرام و على سائر الانبيآء والمرسالين والملآئكة المقربين ربنا اغفرلنا ولاءخواننا الذين سبقونا بلاءيمان و لا تجعل فى قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا انك رئوف رحيم ,اللهم اغفرلي ولوالدي ولجميع المؤمين والمؤمنات والمسلمات انك سميع مجيب الدعوات

maksudnya:
segala puji bagi Allah taala tuhan sekalian alam sebanyak bilangan ciptaannyadan keredhaannya,seberat timbangan arashNya dan sebanyak dakwat kalimah2Nya,YaAllah..aku tidak mampu mengira pujian untukMu sebagaiman Engkau sendiri memuji diriMu,yaAllah sampaikan selawat dan salam serta berkatilah penghulu kami, Nabi s.a.w yang ummi,daripada bani Hashim dan keatas keluarga dan sahabat2 baginda s.a.w lagi baik dan mulia, dan keats seluruh nabi dan Rasul serta para malaikat muqarrabin.wahai tuhan kami ampunilah kami dan saudara2 kami,yang telah mendahului kami dengan iman dan jangan Engkau menjadikan dalam hati kami perasaan dengki terhadap orang2 yang beriman.wahai tuhan kami sesungguhnya Engkau maha Mengasihani dan Maha Penyanyang.Ya Allah..ampunilah daku dan kedua ibubapaku,dan seluruh orang yang beriman dan orang islam lelaki dan perempuan,sesunguhnya Engkau Maha Mendengar dan menerima doa2.

selepas itu bacalah doalah yang tela diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada Hazrat Ali r.hu,sebagaimana dalam hadis diatas.doanya ialah berikut:

اللهم ارحمني بترك المعاصي ابدا ما ابقيتني وارحمني ان اتكلف ما لا يعنيني وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني اللهم بديع السموات ولارض ذلجلال والءكرام والغزة التي لا ترام اسالك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك ان تلزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني وارزقني ان اتلوه على نجوالذي يرضيك عنى اللهم بديع السموات والارض ذلجلال والاءكرام والعزة التي لا ترام اسالك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك ان تنور بكتابك بصري وان تطلق به لساني وان تفرج به عن قلبي وان تشرح به صدري وان تغسل به بدني فانه لا يعينني على الحق غيرك ولا يئتيه الاانت ولاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم.

maksudnya:
YaAllah rahmatilah daku sehingga daku dapat meninggalkan maksiat selama engkau menghidupkan aku,rahmatila daku sehingga aku tidak menanggung apa2 beban yang tidak memberi manfaat kepadaku,kurniakanlah kepadaku pandanagn yang baik terhadap amaln yang membawa daku kepada keredhaanMu,wahai tuhan yang mengciptakan langit dan bumi,wahai tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang yang tidak mungin dapat dicapai oleh sesiapa pun,wahai Allah,wahai Yang Maha Pemurah akumemohon dengan kehebatan dan Nur WajahMu supaya Engkau menetapkan hatikuuntuk menghafal kitabMu sebagaimana Engkau telah mengajarku.dan kurniakanlah[taufiq] supaya aku dapat embaca al quran dengan cara yang menyebabkan Engkau redha terhadapku,.wahai tuhan yang menciptakan langit dan bumi,yang memiliki kehebatan,kemuliaan yang tidak dapat dicapai oleh sesiapapun.wahai Allah dan wahai tuhan Yang Maha Pemurah,aku memohon dengan kehebatan dan Nur WajahMu supaya engkau mencahayakan penglihatanku dengan NUr  KitabMu  dan Engkau menggerakkan lidahku untuk menyebut al quran dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkatan Al quran dan Engkau lapangkan dadaku dengan keberkatan al quran dan Engkau membasuh badanku dengan al quran[daripada kotoran dosa]  kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku keatas perkara yang haq[benar]  kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara haq itu [kepadaku]  kecuali Engkau,dan tiada daya [untuk melakukan kebaikan] dan tiada upaya [untuk menjauhi sebarang kejahatan]  kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"

selanjutnya Rasulullah s.a.w bersabda,
"wahai ali,lakukan amalan itu sama ada 3 kali jumaat,5 kali jumaat,atau 7 kali jumaat,,insyaAllah doa kamu pasti akan dikabulkan.Demi Zat  yang mengutuskan daku dengan kebenaran, doa ini tidak akan ditolak oleh mana2 mukmin.

hazrat Abdullah bin Abbas r.huma berkata setelah berlalu 5 atau7 minggu maka hazrat Ali r.hu telah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata;wahai Rasulullah dulu saya membaca lebih kurang 4 ayat,itupun aku tidak dapat mengingati,sedangkan sekarang saya membaca 40 ayat dan ayat2 itu dapat saya ingati sehingga seolah2 al quran terbuka dihadapanku,dahulu saya mendengar hadis,dan selepas itu saya mengulangi hadis2 itu,namun hadis2 itu tidak kekal dalam ingatanku,sekarang saya bila saya mendengar hadis,apabila saya ingin menyampaikan hadis itu kepada orang lain,satu huruf pun saya tidak tertinggal..


alhamdulillah...semoga solat hifzi dan doa2 ini memberi manfaat yang baik untuk semuanya..
amin..amin..amin.. 

No comments:

Post a Comment